Deposit

Dah booking. Tak datang.
Lepas ni, ambil deposit.

Tetapkan deposit pada servis anda. Customer bayar guna DuitNow QR semasa membuat booking, dan anda sahkan booking dengan satu ketik.

Daftar percuma

Tanpa kad kredit

Cara ia berfungsi

Cara deposit berfungsi

  1. Tetapkan deposit pada servis

    Pilih jumlah deposit untuk setiap servis, dan muat naik DuitNow QR anda sendiri.

  2. Customer bayar dan muat naik tangkapan skrin

    Semasa membuat booking, customer imbas DuitNow QR anda dengan app bank, bayar, kemudian muat naik tangkapan skrin bayaran.

  3. Semak bank, ketik sekali

    Anda nampak tangkapan skrin pada booking. Bila duit dah masuk akaun, ketik sekali untuk tandakan sudah dibayar dan sahkan booking.

Satu booking dalam papan pemuka BookingLah yang menunjukkan tangkapan skrin bayaran yang dimuat naik customer, dengan butang Bayaran diterima, sahkan booking di bawahnya
Apa yang anda nampak pada booking. Contoh booking dengan butiran rekaan.
Perlu tahu

Perkara yang perlu anda tahu sebelum mula

Tangkapan skrin bukan bukti duit masuk

BookingLah tidak menyemak bayaran untuk anda, dan tangkapan skrin bukan bukti duit sudah masuk. Semak bank anda dahulu sebelum mengetik.

Duit terus ke akaun anda

Customer bayar ke DuitNow QR anda sendiri. Deposit masuk ke akaun anda, dan BookingLah tidak ambil sebarang bahagian.

Anda tentukan jumlahnya

Tetapkan deposit yang berbeza untuk setiap servis.

Deposit ada pada semua pelan, termasuk Percuma.

Percuma untuk bermula. Tanpa kad kredit.

Daftar percuma

Tanpa kad kredit